BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 18 Ogos 2010

..ramadhan di KUPU SB..

Rasanya baru beberapa jam aku melelapkan mata,sudah kedengaran loceng dibunyikan..menandakan waktu untuk bersahur. Aku cuba melelapkan semula mata..namun untuk kesekalian kalinya loceng dibunyikan lagi. Aku cuba menjenguk jam di telefon bimbit..sudah menunjukkan jam 3.30. "Masih awal" perkataan yang bermain dibenak otak ku..Aku menyambung tidur. Sebangun ku sudah menunjukkan jam 4.15..memikirkan sahur yang disediakan sudah disimpan,aku pun mencari ikhtiar untuk mengambil apa sahaja di dalam almariku sebagai persahuran ku. Buah pear,kurma dan roti ku jadikan juadah sahur. Alhamdulillah aku bersyukur makanan-makanan tadi menjadi pengalas perut selama 12 jam puasaku nanti.

Azan menandakan waktu untuk menunaikan waktu suboh. Aku bergegas ke surau. Selesai solat suboh kami bertedarus sehingga jam 6 pagi. Sepulangku dari surau,aku tidak mensia-siakan waktu tersiksa. Ianya perlu diisi sebaik mungkin..plan pertama,menQadha tidur.

7.30 aku dibangun oleh kengkawan yang lalu lintas melalui bilikku. Bergegas ke kamar mandi untuk mensucikan diri. Kuliah bermula jam 8..

Azan Magrib dilaungkan menandakan waktu untuk menunaikan sembahyang fardhu Mahgrib dan sekaligus waktu untuk berbuka puasa. Bersungkaikan kurma dan air putih kemudian bersolat Maghrib..selepas itu barulah kami ke dewan makan untuk menjamu juadah lainnya.

Selesai menunaikan solat fardhu Isya' kami bertedarus lagi..sehabis itu balik kehostel.

Begitulah rutin harian ku disini..sedikit sebanyak merubah rutin harian normal ku.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada keluarga,rakan taulan..d..
Semoga amalan kita semua diterima oleh Nya..amin

0 comments: