BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 7 Februari 2012

..kerana mencari ilmu diluar desa..

mengimbau kenangan lalu..mungkin sudah 4 tahun kebelakangan aku tidak ikut perarakan mulia sempena kelahhiran kita Nabi Muhammad S.A.W. Bukan kerana berasa malas, namun keberadaan ku ketika diluar daerah atas sebab melanjutkan pembelajaran menyukarkan ku untuk turut serta menyertai perarakan di daerah ini. Terbaru aku mendapat peluang dan ianya tidak disia-siakan sama sekali. 12 Rabiual awal tahun ini aku turut serta sekali lagi dengan perasaan amat gembira walau terik memanah seluruh sudut badan..namun ku gagahi jua. Perjalanan agak jauh..tiga kali lipat ganda lebih dari perjalan biasa. Namun aku tetap gembira dan bersyukur kerana mengikuti perarakan ini :)


bersama generasi baru