BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 12 September 2010

..salam aidilfitri..

Salam aidilfitri Ayahanda dan Bonda by Hujan feat Raihan

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia

Salam… Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Isnin, 23 Ogos 2010

..Pulangnya Mas Agus..

Agus Salim merupakan seorang tukang kebun yg dedikasi terhadap pekarjaannya.
Mula berkhidmat dgn majikannya iaitu Hjh Azizah pada sekitar Ogos 2008..dan hari ini genap dua tahun beliau berkhidmat dgn majikan beliau.
Berkebolehan dlm pelbagai bidang selain bertukang kebun,seperti masakan,memperbaiki alat elektronik,membancuh simen dan bermacam2 lagi.

Selesai sungkai bersama,aku turut sama menghantar beliau ke lapangan terbang antarabangsa Brunei..berikut adalah gambar2 yg sempat di ambil tadi buat tatapan umum


segak bergaya ketika menguruskan bayaran


bersama salah seorang mutawwif..

Kepada mas Agus..semoga kembali ke Idon dgn selamat..selamat menyambut lebaran bersama keluarga tersayang..

Rabu, 18 Ogos 2010

..ramadhan di KUPU SB..

Rasanya baru beberapa jam aku melelapkan mata,sudah kedengaran loceng dibunyikan..menandakan waktu untuk bersahur. Aku cuba melelapkan semula mata..namun untuk kesekalian kalinya loceng dibunyikan lagi. Aku cuba menjenguk jam di telefon bimbit..sudah menunjukkan jam 3.30. "Masih awal" perkataan yang bermain dibenak otak ku..Aku menyambung tidur. Sebangun ku sudah menunjukkan jam 4.15..memikirkan sahur yang disediakan sudah disimpan,aku pun mencari ikhtiar untuk mengambil apa sahaja di dalam almariku sebagai persahuran ku. Buah pear,kurma dan roti ku jadikan juadah sahur. Alhamdulillah aku bersyukur makanan-makanan tadi menjadi pengalas perut selama 12 jam puasaku nanti.

Azan menandakan waktu untuk menunaikan waktu suboh. Aku bergegas ke surau. Selesai solat suboh kami bertedarus sehingga jam 6 pagi. Sepulangku dari surau,aku tidak mensia-siakan waktu tersiksa. Ianya perlu diisi sebaik mungkin..plan pertama,menQadha tidur.

7.30 aku dibangun oleh kengkawan yang lalu lintas melalui bilikku. Bergegas ke kamar mandi untuk mensucikan diri. Kuliah bermula jam 8..

Azan Magrib dilaungkan menandakan waktu untuk menunaikan sembahyang fardhu Mahgrib dan sekaligus waktu untuk berbuka puasa. Bersungkaikan kurma dan air putih kemudian bersolat Maghrib..selepas itu barulah kami ke dewan makan untuk menjamu juadah lainnya.

Selesai menunaikan solat fardhu Isya' kami bertedarus lagi..sehabis itu balik kehostel.

Begitulah rutin harian ku disini..sedikit sebanyak merubah rutin harian normal ku.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada keluarga,rakan taulan..d..
Semoga amalan kita semua diterima oleh Nya..amin

Rabu, 11 Ogos 2010




Selamat Berpuasa Bagi Muslimin Muslimah Di Tanah Air..Berjumpa Kita Lagi DiRamadhan Ini..Alhamdulillah..

Sabtu, 10 Julai 2010

Hujan - Ku Mahu Kau Tahu lyrics

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

(Chorus)
Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

(Chorus)

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu



Lyrics | Hujan lyrics - Ku Mahu Kau Tahu lyrics

Rabu, 30 Jun 2010

..hari ini dan esok..

sebelum balik kg,aku sempat singgah kolej uni perguruan ugama..dgr berita khabar angin ahmar result dh kuar..so,aku check dan tersergam indah nama aku serta bapa aku skali..tdak lupa no. ic ngan kaler skali..ini bermksud permohonan ku ntuk memasuki Kolej Uni Perguruang Ugama diterima..alhamdulilah tahniah kpd aku

sampai kat rumah aku asyik layan fb jer..yelah greeting bnyk sgt..tym tu ada lah aku dpt call dr pihak uni..ambik surat?kena pegi bndr la ne sok..haiyaa baru balik td pegi bndar lg bsok..hmm tp takpe ntuk msa dpan.. :D

and..and..im so obsessed with u Nazurah Hamdan <3

Selasa, 29 Jun 2010

..ONITSUKA TIGER..








inilah kasut idaman aku..beli kat KK..mahal dr harga kat Brunei tp yg ada kat Brunei dh tak update lg..

Isnin, 21 Jun 2010

..cinta seratus hari?..

cerita cinta 100 hari telah hilang..namun bkn hilang begitu saja..penantian tidak semestinya menyeksaan..berbaloi jika membuahkan hasil..damai~

Sabtu, 17 April 2010

Ahad, 7 Mac 2010

..memantai menyantai menyalai..

Ini hari "Generasi Haji Abdul Karim" ada santai sedikit d tepi pantai yg indah nan permai. Secara tak dirancang dan mungkin terancang dalaman, beberapa kerabat terdekat turut hadir sama memeriahkan lagi aktiviti hujung mggu tersebut. Berlangsungnya aktiviti penyantaian tersebut di hutan simpan Berakas..Pantai Berakas..ntah mna satu ntah..

Seperti biasa tema pada aktiviti pada kali ini berasas kn falsafah 3M yg sjak dulu lg d amalkan iaitu "Memantai..Menyantai..Menyalai.." yg dgn ikhlasnya dicipta sendiri oleh penulis yg berkaliber ini. Sungguh meriah suasana bak hari raya kerana ada terjadinya pesta kunjung mengunjnung disana sini..Ombak dipersisiran pantai menghambat pasir2 mendayu2 dijenterakan angin dari barat daya membuatkan dedaun pelepah kelapa melambai2 sayu..Aku menghabiskan masa merenung laut kot2 ada duyung melambai2..anak2 bekejaran dan terkemudiannya berenang keseronokan..Menyelam dianjung pantai..seolah mereka belum pernah jumpa air sebelum ini..tefikir sejenak akan ku atas masa lampau..haha abis tiaaaaaaaa

Selasa, 12 Januari 2010

..hujan kat luar dalam..

HUJAN - Lepaskan Aku

Mulai saat ini...
Aku kan ubah pendirian
Walau ramai akhir sendirian

Jangan difikir fasal aku...
Teruskan saja dengan hidupmu
Hadirmu mungkin tidak membantu

Pasangan tak sentiasa indah
Mesti ada perang yang kau redah
Aku laki-laki takkan rebah

Ku tak mahu beterus terang
Risaukan kemuncak amarah ku
Maki hamun berasing tak tentu

Lepaskan aku..
Lupakan aku..
Aku hanya ingin sendirian
Tak pernah ku rasakan
Atas nama tekanan...