BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 26 Mac 2011

..surat putus cinta..

Assalamualaikum, (inda jawap berdosa ni)

You sihat? Makan dah? Dah baca Brudirect.com? Boss kadai kaling sebalah rumah you sihat? Ignored saja soalan me yang last atu, macam tah you tinggal serumah. Yang benarnya, surat ani besar tujuannya, pasal atu me inda berani cakap face to face arah you. Manalah tahu if berjumpa, lepas cakap you tumbuk me, atu kira nasib baik dah you tumbuk me, kalau abang you yang mengangkat besi atu menumbuk, baik jangan diimagine. Me inda pulang takut, tapi inda sanggup saja. Gugur tia saham me kalaulah hidung me picak bakas kana penumbuk sulung you.

Lepas you baca surat ani, baik tah you call kawan you minta dangani beli baga di Tungku Homemade burger, me tahu you kenyamanan baga bisdorang, kata you baganya menghilangkan rasa sedih and sekaligus, lapar.

Me banarnya mahu putuskan relation us. Please jangan nangis! Nampak bini – bini menangis mudah tia kan lapas kepala lutut me ani. That’s why me nada mahu bagitahu dapan – dapan. See, how berperikemanusian me ani? Time – time cani pun me masih mementingkan perasaan you. menjaga hati you yang mudah luluh atu.

Tapi sekiranya you menangis jua, baik jangan bercucuran aing mata you di atas surat ani, karang payah you membaca sampai habis. Lagipun malu you karang lepas melihatkan surat ani arah BFF you, ejaannya ada kabur – kabur bakas tekana aing mata. Nah, siapa yang malu? Lihat, betapa me menjaga maruah you di dapan kawan – kawan you yang kadang – kadang me benci because inda pandai masuk diurat oleh me. Tapi Si Lela saja me inda benci pasal ia lawa, ia single masihkan?

About janji – janji me dulu, mahu sehidup semati dengan you, mahu kahwini you, mahu bawa you ke Paris atu, you lupakan saja, ok? Me inda mahu you hidup dalam kesedihan mengenangkan segala janji yang inda tercapai. Kalau you masih mahu ke Paris, me cadangkan you pakai Air Asia, tambangnya murah. Ataupun, you continue saja janji atu with bakal boyfriend you. Btw, kalau ada boyfriend baru atu, make sure jangan handsome dari me, karang jealous me.

Satu pinta me, janganlah you ingat me putuskan you sebab me ada orang lain. Sumpah! Me nada curang. Sebenarnya, sebelum sama you, me sudah ada tunang. Maknanya di sini, me curang sama tunang me but not with you. Title you sebenarnya scandal saja. Me inda tahu macam mana semua ani boleh berlaku, me berlaku curang. Tunang me masih balum tahu. Sebelum terjadi apa – apa yang inda diingini, me putuskan you! Pintarkan me atu?

Selepas putus ani, you jangan tah tag lagi gambar me sama you, jangan di poke Facebook me. Takut – takut tunang me memakai, karang you yang kana tuduh cuba merampas bakal laki orang. Ops, me lupa bagitahu yang kami bakal berkahwin dalam masa 3 minggu, lebih tepat 17 hari lagi. Oleh sebab ani, me staple kad jamputan kahwin, nikah and malam berbedak untuk you. kalau you mahu tahu, cenderahati semasa kahwin kami, you akan dapat 1kg beras Laila, ruggedkan? Sama macam perkahwinan impian you.
Sebenarnya, hampir seminggu me inda bertidur memikirkan pasal hal ani, untuk memutuskan you, Ops salah, 6 hari yang banarnya me inda bertidur, sehari lagi atu gara – gara berjaga melihat bola Manchester yo main time subuh.

Dijadikan cerita daripada me putus tunang, lebih baik me putuskan you. Me banding – bandingkan sudah! Janganlah you fikir, you inda lawa, gila tu eh. You lawa bah, lawa gila! Pasal atu me suka you dulu. Mata you bulat macam panda atu, terkenang plang masa me cucuk mata you, inda pasal – pasal you bertahan di hospital 2 hari. Sampai sekarang you rabun dakat. Kesian eh.

Me sarankan you redha saja dengan kePUTUSan ani. Me ani inda jua berapa handsome. Sungguh me inda handsome, ramai jua bah me-like gambar me di Facebook. Inbox me? Jangan tah cakap, sanggal melayan. Berbalik pasal you yang lawa ani, if you bida, bahapa tah me taruh gambar you dulu jadi profile picture me? Nah, terbukti bah you lawa. Now me tukar dah, me show off saja kereta bakal bini me, Skyline GTR! Harta tunang me, me jua punya tapi harta me, harta me. Jangan jealous, dang.

Sepanjang 3 tahun we couple, me halalkan segala pemberian me. Begitu jua me harap you halalkan saja segala duit yang you tulung me membayar bil karan rumah, bil kereta, bil telephone, bil aing. Yang me anggarkan dalam $24,200 atu. Sebelum atu jua, please help me settlekan bil kereta bulan ani, sekali ani saja. Bukan apa, me kan kahwin, mana cukup loan me $35 ribu atu. Tuhan saja yang membalas sekiranya you membayarkan installment bulan ani. Last ni, sumpah!

Akhirnya sekali, kenangkanlah me dalam doa you. Doakan me bahagia disamping bakal bini yang amat me sayangi. Kalau you mahu tahu, bakal bini me ani satu office sama you. You baca saja kad jamputan kahwin atu. Tahu you tu siapa ia. Jangan benci me ok, apa yang berlaku between us, biar tah us saja yang tahu. Jangan tah dihebohkan arah status facebook you. malu jua karang you.
P/s: lepas baca, harap senyum.
Bye – bye,